Wednesday, December 13, 2017
Top Tab Content

Piagam Sekolah

PIAGAM SEKOLAH

 

A. KECEMERLANGAN  AKADEMIK

Sentiasa berusaha memberi ilmu pengetahuan dengan secukupnya dan berkualiti ke arah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

 

B. DISIPLIN PELAJAR 

Berusaha melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, amanah, bertanggungjawab, berakhlak mulia, prihatin dan berbudaya saing untuk menterjemahkan matlamat pendidikan negara ke arah prestasi pelajar yang berketrampilan, kreatif, inovatif, imaginatif dan cemerlang.

 

C. KEMUDAHAN PEMBELAJARAN

Memberi penekanan yang serius di dalam penyediaan kelengkapan pembelajaran demi meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

 

D. KECERIAAN SEKOLAH

Berusaha mengindahkan suasana persekitaran kawasan sekolah dan bilik darjah agar kelihatan cantik dan menarik ke arah mewujudkan keceriaan suasana pembelajaran yang berkesan.

 

E. PROFESIONALISME GURU

Berusaha meningkatkan profesionalisme keguruan agar dapat memberi perkhidmatan yang bermutu.

 

F. LAYANAN PELANGGAN

Sentiasa menitikberatkan aspirasi pelanggan di dalam usaha membina semangat muhibbah dan muafakat demi kemajuan sekolah.

 

G. HUBUNGAN KEMASYARAKATAN

Sentiasa mengeratkan hubungan dan kerjasama yang mesra dengan masyarakat dan agensi-agensi luar atau jabatan-jabatan ke arah permuafakatan demi kemajuan sekolah.