Wednesday, December 13, 2017
Top Tab Content

Perutusan Pengetua

Pengetua-1

Saya Bersyukur Kepada Allah S.W.T. Kerana Dengan Limpah Petunjuk Nya...
SMK Bengkongan Berjaya Melancarkan Laman Web Rasminya Www.Smkbengkongan.Edu.My Pada20.10.2010. Tahniah Kepada Pasukan Kerja, Khususnya Kepada Web Master Yang Menerima Cabaran Ini Dan Berusaha Gigih Memastikan Pembinaan Laman Web Ini Menjadi Kenyataan.

Memandangkan Betapa Pentingnya Teknologi Maklumat (IT) Sebagai Satu Saluran Untuk Mendapatkan Sumber Maklumat Tanpa Sempadan, Diharapkan Pembinaan Laman Web Ini Mampu Membantu Para Pengunjung Untuk Mendapat Serba Sedikit Maklumat Berkenaan Sekolah Menengah Kebangsaan Bengkongan, Kota Marudu.

Saya Mengambil Kesempatan Ini Untuk Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu, Yang Sentiasa Memberi Sokongan Dan Galakkan Kepada Warga SMK Bengkongan Untuk Menjadikan ICT Sebagai Medium Penyebaran Maklumat Kepada Pelajar, Ibu Bapa Dan Pihak-Pihak Tertentu Yang Berkepentingan Dengan Sekolah.

Penghargaan Dan Ucapan Terima Kasih Kepada Semua Pihak Yang Menyumbangkan Bahan Dan Idea, Seterusnya Membantu Pembinaan Laman Web Ini. Kepada Semua Guru SMK Bengkongan, Jadikanlah Laman Rasmi Ini Sebagai Saluran Untuk Mengetengahkan Bakat Dan Potensi Pelajar Di SMK Bengkongan. Mudah-Mudahan Misi Sekolah Untuk Membangunkan Potensi Pelajar Sejajar Dengan Falsafah Pendidikan, Akan Menjadi Kenyataan.

Sekian, Dan Terima Kasih.
ROSMIH BINTI NC JAMARI @ JAMAL
Pengetua,
SMK Bengkongan,
KOTA MARUDU.